Karnival Sentuhan Madani Felda Negeri Sembilan Zon Pasoh 2025
25 Mei 2025 | Aktiviti Terkini24 - 25 Mei 2025 – Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Felda Pasoh 3 telah berkerjasama dengan NADI Kluster Jempol Utara dan Kluster Jelebu dalam menyertai Karnival Sentuhan MADANI Felda Negeri Sembilan Zon Pasoh. Program komuniti anjuran bersama MCMC dan NADI telah berlangsung dengan meriah pada 24 dan 25 Mei 2025 bertempat di Dewan Terbuka dan Padang Awam Felda Pasoh 4. Karnival ini bermula dari jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang. Pelbagai aktiviti menarik seperti pemeriksaan kesihatan percuma (BMI, gula dalam darah, tekanan darah), pendaftaran percuma ahli NADI, serta jualan produk usahawan tempatan. Turut diadakan ialah pendaftaran MyDigital ID, permainan interaktif (online/offline), serta pameran dan pengedaran risalah berkaitan NADI dan Kempen Internet Selamat (KIS).
Booth MCMC turut menerima kunjungan istimewa daripada Yang Berhormat Dato' Seri Hj Jalaluddin Bin Hj Alias, Exco Kanan Kerajaan Negeri Sembilan merangkap Ahli Parlimen Jelebu pada 24 Mei, serta Ts Md Tahir bin Musa, Pengarah MCMC Negeri Sembilan pada 25 Mei. Program ini melibatkan penyertaan aktif daripada enam pusat NADI iaitu NADI Felda Pasoh 1, 2, 3, 4, NADI Felda Sungai Lui, dan NADI Serting Tengah. Program ini bukan sahaja memberi manfaat kesihatan dan digital kepada masyarakat setempat, malah memperkukuh hubungan antara komuniti dan agensi kerajaan.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: